Monday 7 October 2013

Bahan Asas Penghasilan Kerepek






Berbalik kita pada tajuk asal iaitu bahan-bahan asas penghasilan kerepek. Banyak sumber yang datang dari sekitar kawasan Banting, Selangor. Sebagai contoh:-

Pisang Tanduk


Pisang (nama botani: Musa spp.) merupakan sejenis tumbuhan yang tergolong dalam famili Musaceae. Pisang mempunyai buah yang sedap dan lazat serta mudah ditanam. Di Malaysiakultivar seperti pisang masberangancavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar. Kultivar seperti pisang nangkarajalangrelongtanduknipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan. Pisang yang pada mulanya merupakan sejenis tumbuhan liar di Asia Tenggara, kini telah dikomersialka



Ubi Kayu

Ubi kayu (nama botaniManihot Esculenta Crantz) ialah tumbuhan 
tropika dan subtropika dari famili Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya sebagai sayuran. Ubi kayu dikatakan berasal dari bahagian tropika Amerika Selatan tetapi kini taburannya hampir di semua kawasan tropika seluruh dunia.
Nama lain bagi ubi kayu adalah ubi benggalaubi belanda dan cassava (bahasa Inggeris). Dalam penerbitan bahasa Inggeris, tanaman ini biasanya dirujuk dengan menggunakan nama-nama tempatannya, seperti mandiocaaipim, atau macaxeira (Brazil), kassav (Haiti), mandio (Paraguay), akpuatau ugburu (Nigeria), bankye (Ghana), mogo atau mihogo (kawasan di Afrika yang berbahasa Swahili), kappa (India), maniok (Sri Lanka), singkong(Indonesia), kamoteng kahoy atau balanghoy (Filipina), mushu (China), củ sắn or khoai mì (Vietnam) dan manioke atau manioca (Polynesia).



Keledek


Ubi keledek (juga dikenali sebagai ubi jalar, ubi jawa, ubi ketela, ubi setela dan ubi rambat) ataupun nama saintifiknya Ipomoea batatas ialah sejenis ubi yang manis dan boleh didapati di pasar.








No comments:

Post a Comment